Kepada yang berminat untuk membeli baju Muslimah online, boleh pergi ke sini: Baju Muslimah Online Thanks :)
***************************
DIA menghabiskan hampir keseluruhan harinya di bilik
keduanya yang digunakan sebagai tempat dia menghabiskan masa dengan melukis.
Melukis gambar wanita yang dipuja-pujanya dari dulu sehingga kini.
“ Abang,” panggil Katrina yang sudah berdiri di
belakangnya yang sedang melukis. Panggilan adiknya tidak dihiraukan. Matanya
fokus pada lukisan dihadapannya ini.
“ Abang ke mana selama tiga hari ni?” tanya
Katrina fasih berbahasa Melayu. Oleh kerana keluarga mereka sudah bermastautin
di Malaysia lebih daripada 20 tahun, Bahasa Melayu menjadi bahasa perbualan
mereka
sekeluarga namun sekali sekala, Bahasa Inggeris turut digunakan.
“ Daddy dengan mummy mana? Sejak semalam abang
tak nampak,” ujar Jason Harris tanpa menjawab pertanyaan adiknya itu. Dia
bangun dari duduknya lalu melangkah ke satu rak yang meletakkan pelbagai jenis
warna air.
“ UK. Papa dengan mama dekat UK uruskan cawangan
baru dekat sana,” balas Katrina lalu melabuhkan duduk di bangku kecil yang ada
di bilik yang luas itu. Matanya memerhatikan potret yang sudah siap dilukis
oleh abangnya itu. Dia mengeluh halus melihat wajah yang terpampang pada kanvas
itu.
“ You never tired to chase her always, right
brother?”
Jason Harris yang sedang mengelap tangannya
tersenyum nipis. Dia memusingkan badannya menghadap adiknya itu.
“ Yes, I am. You never been in love, so you don’t
get what I feel, Kat,” balas Jason Harris lalu melangkah ke adiknya. Potret
yang sedang direnung adiknya itu dibawa ke satu sudut lalu lantai yang bersepah
itu dikemaskannya.
“ How can you be so confident that girl still
loves you?” Katrina memandang abangnya yang sedang membersihkan lantai. Dia
ingin memberitahu satu berita yang mungkin akan mengejutkan abangnya.
“ My heart told me, always,” bisiknya perlahan
namun cukup untuk didengari oleh Katrina. Jawapan itu makin membuatkan gadis
itu serba salah untuk menerangkan hal sebenar. Hal yang penting untuk abangnya
tahu dan dia harap hal itu akan membuatkan abang dia berhenti mengharap kepada…
kepada isteri orang.
“ Look here, Jason. I don’t know whether I should
or shouldn’t tell you about this but… I just want you to know something. Maybe
it will hurts you. But for me, I must
let you know even the truth maybe will let you lost your consideration. This
about your life,” ujar Katrina sambil menarik nafas penuh. Dia bangun dari
duduknya dan berdiri di sisi abangnya yang sedang membongkok mengutip helaian
kertas yang bertaburan di lantai.
Jason Harris menegakkan badannya dan memandang
adiknya dengan wajah serius. Kata-kata adiknya itu bagaikan ada satu perkara
yang penting yang perlu dia tahu sehinggakan adiknya itu risau dia hilang
pertimbangan. Entah kenapa tiba-tiba jantungnya berdegup kencang.
“ Can you just straight to the point?” soal Jason
Harris dan menghampiri adiknya. Tangannya menggenggam erat kertas di tangannya.
Entah kenapa dia rasa ada satu perkara buruk yang ingin disampaikan oleh
adiknya.
Katrina mengetap bibirnya lalu dengan tiba-tiba,
tubuh itu dipeluk erat dan mengejutkan Jason Harris. Berat hatinya untuk
memberitahu abangnya itu. Kepalanya dipaut pada bahu Jason Harris dengan
pelukan yang erat walaupun lelaki itu tidak membalas malah menolak perlahan
tubuhnya tetapi dia masih tidak berganjak.
“ Listen here, my brother. You’ll never get her
back because she’s not yours anymore. She’s belong to someone else… she’s
belong to her husband. The guy that she loves isn’t you anymore,” bisik Katrina
perlahan lalu mengeratkan pelukan yang mula longgar.
Dada Jason Harris turun naik menahan marah dengan
senyuman sinis di bibirnya. Marah bukan kerana cerita yang disampaikan, tetapi
marah terhadap adiknya yang mereka-reka cerita. Tubuh adiknya ditolak kasar
dengan renungan tajam yang menikam. Dia tahu Katrina tidak suka akan Keisya,
tetapi janganlah sampai mereka-reka cerita semata-mata untuk dia berhenti
mencintai Keisya.
Adik dia silap! Dia tidak akan berpaling dari
cinta Keisya.
“ Watch your mouth, Kat. Just because you don’t
like her, you made a nonsense story to make me stop from loving her? You wrong,
Kat. You wrong about me, and you wrong about my heart. You can try many ways to
stop me but you must know that I’ll always love her. No one can stop me!” ujar
Jason Harris tegas sambil tangannya mengepal penumbuk. Sakit hatinya mendengar
adiknya yang mereka-reka cerita. Sampai begitu sekali adiknya membencikan
Keisya.
Katrina menggelengkan kepalanya perlahan. Oleh
kerana cinta yang masih utuh di hati, abang dia sanggup membutakan mata dari melihat
kebenaran. Ketika diberitahu berita ini oleh kawannya, dia pun kurang
mempercayainya. Tetapi apabila kenyataan itu disokong dengan kawan-kawannya
yang lain beserta gambar perkahwinan wanita yang dicintai abangnya, dia mula
percaya.
“ You have to wake up, brother. Open your eyes
and see what had happened. I am not lying you about this. You have to trust
me,” ujar Katrina sambil memaut bahu abangnya. Matanya membalas renungan
abangnya itu bagi meyakinkan lelaki itu. Namun abangnya itu menjauh dengan wajah
yang kusut.
Jason meraup wajahnya berkali-kali. Dia tidak
tahu sama ada hendak mempercayainya ataupun menidakkannya. Mustahil wanita itu
sudah berkahwin dengan lelaki lain kerana tatkala mereka terserempak hari itu,
dia masih lihat ada cinta untuk dirinya. Mustahil!
“ Tak! Kat mesti tipu abang. Tolonglah Kat, abang
rayu. Biarkan abang bahagia dengan perempuan
yang abang cinta. Kenapa mesti Kat nak menghalang sedangkan itu yang
membahagiakan abang? I am your brother, Kat. Your brother. Don’t you want to
see me happy with someone I love?” ujar Jason Harris kecewa. Dia berundur
beberapa tapak ke belakang lalu memusingkan badannya menghadap potret wanita
yang dicintainya itu dengan keluhan yang berat.
“ Yes, I do. I want to see you happy. Tetapi
bukan dengan Keisya, abang. Dia isteri orang. Abang tak boleh cintakan isteri
orang,” ujar Katrina perlahan. Tangannya memaut lengan abangnya lembut namun
ditepis abangnya itu. Dia mengeluh halus. Penat. Penat memujuk abangnya untuk
mempercayai kata-katanya. Dia cuma mampu berharap agar satu hari nanti, lelaki
itu menjumpai pengganti Keisya dan lebih baik daripada wanita itu.
Katrina berjalan menuju ke pintu bilik itu untuk
berlalu dari situ. Dengan hati yang sebal, dia berlalu keluar dari bilik itu.
Terserah kepada abangnya hendak mempercayainya atau pun tak.
Jason Harris menghentak kuat tangannya ke meja di
bilik itu melepaskan geram yang berbuku di hati. Kertas yang berada di tangan
dilempar ke arah pintu. Dia tertekan!
Tertekan sekali dengan sikap adiknya.
KEISYA merenung langit malam melalui balkoni di
bilik itu. Merenung langit malam tanpa berkelip bagaikan wajah yang dicintainya
berada di situ. Ah, dia rindu akan lelaki itu.
Namun, dalam rindu, dia berasa pelik. Pelik
kerana sepatutnya hari ini mereka pulang ke rumah ibu mertuanya di Johor Bharu
tetapi dibatalkan dan mereka akan bertolak pada esok pagi.
Apabila dia menanyakan sebab itu kepada ibu
mertuanya, wanita tua itu hanya tersenyum sahaja tanpa menjawab soalannya. Dan
sekarang ni, dia keseorangan di rumah kerana ibu mertuanya dan Shila keluar
pergi membeli belah. Apabila dia ingin turut serta, ibu mertuanya menyuruh
berehat sahaja di rumah. Tapi masalahnya, dia bosan. Sekurang-kurangnya kalau
dia ikut, tak adalah dia asyik teringatkan Aish pagi, siang dan malam. Pelik
betul, rungut hatinya.
Laman rumah Aish dipandangnya seolah-olah
mengharapkan kereta lelaki itu akan muncul tiba-tiba. Sudahlah dia sedang
kelaparan tatkala ini. Dia hanya mampu mengisi perutnya dengan meminum Nescafe.
Nasib baik ada beberapa paket kecil Nescafe di dapur itu. Bahan masakan memang
penuh di dapur itu, tapi boleh ke dia nak memasak?
Dia memusingkan badannya menghadap pintu bilik
yang dibiarkan terbuka. Dari dalam biliknya, dia dapat melihat tangga yang
menuju ke tingkat bawah yang terletak berhadapan dengan bilik tetamu. Dia menunggu
Aish muncul dihadapan bilik dan cuba memujuknya. Dia amat berharap akan hal
itu. Lagi-lagi, hatinya kini sah milik suaminya.
Keisya memejamkan matanya. Membayangkan Aish hadir
untuk menyapu segala duka yang bersarang di hati. Kalaulah lelaki itu muncul…
Duhai kasih
cuba kau dengarkan,
Bisik hati
penuh kejujuran,
Dengan
sepenuh keikhlasan,
Ku dambakan
pengertian..
Matanya dibuka pantas apabila mendengar petikan
gitar diiringi suara yang cukup dia rindu. Melihat lelaki yang dicintainya
berada di hadapannya ketika dia mengharapkan kemunculan itu, dia berasa dia
seperti bermimpi. Betulkah apa yang dilihatnya ini? Wajah di hadapannya di
renung tidak berkelip tanpa berganjak dari duduknya.
Jangan kau
dengar fitnah dunia,
Kerana
ianya dusta semata,
Menghancurkan
kesucian,
Jalinan
kebahagiaan…
Wajah isterinya direnung dalam mata yang bersinar
ceria. Bibirnya tidak berhenti menyebut bait-bait lagu itu dan matanya terlihat
air mata yang bergenang pada sepasang mata bundar itu.
Sebenarnya
aku merasa,
Sinar
cahaya yang gemilang,
Ketika kau
beriku harapan,
Dan sering
aku harapkan,
Cinta
berlandas keimanan,
Dan kasih
suci kita kan diberkati…
Setapak demi setapak, Aish berjalan menuju ke Keisya
yang tidak berkelip merenungnya..
Ku cuba
sedaya,
Agar
dirahmati perhubungan yang telah terbina,
Kerana
pasti aku,
Yang akan
merasa pedihnya kehilangan insan,
Sepertimu….
Tuhan
berikanlah,
Ketabahan
hatiku untuk membina,
Impian
kasihku…
Dan kini, dia berdiri di hadapan isterinya
bersama sejuta rasa bahagia dalam hatinya ini. Dan lagu ini… dedikasikan khas
buat isteri tercinta. Dia ingin meluahkan apa yang dia rasa melalui lagu ini.
Gitar di tangan diletak ke bawah lalu tangan
isterinya dicapai lalu dikucup lembut lalu berbisik lembut di telinga
isterinya, “ Bersama mengharapkan, ketulusan cinta ini untuk membina mahligai
bahagia.” Bait terakhir lagu itu dibisik syahdu di telinga wanita kesayangannya
itu.
Serentak itu juga, air mata Keisya mengalir
lembut membasahi pipinya lalu menitis ke tangannya. Dia hanya
tersenyum melihat
air mata yang mengalir itu. Tangannya mengusap lembut air mata itu.
“ Maafkan abang, sayang. Maafkan abang…”
Bibir Keisya bergetar hendak mengatakan sesuatu
namun tidak terluah. Dia menunduk seketika memandang jari jemarinya yang berada
dalam genggaman Aish sebelum memaut leher lelaki itu dan tubuh itu dipeluk
erat. Tubuh ini tidak akan sesekali dia biarkan menjauh darinya seperti apa
yang berlaku padanya.
Pelukan itu dibalas dengan eratnya. Bibirnya
mengucup lembut dahi itu dengan hati yang berbunga bahagia. Hatinya tidak sudah
mengucap syukur dan dia berterima kasih dengan Fina yang menceritakan segalanya
kepadanya.
“ Kasih, ku harapkan cinta kita akan terus hingga
ke syurga…” Dan dia, terus tersenyum bahagia mendengar bisikan suaminya itu.
Keresahan. Ya, dia keresahan apabila mendengar
perbualan mak ngahnya dengan Aish melalui telefon. Apa yang membuatkan dia
resah apabila mak ngahnya tak sudah-sudah mengucapkan kata syukur. Dia dapat
rasakan ada berita yang kurang menyenangkannya. Jangan-jangan diorang dah
berbaik tak? Oh God, it can’t be…
Mak ngahnya yang sedang memilih pakaian di dalam
butik muslimah dipandang dari luar butik. Tak kuasa dia hendak mengikut segala
gerak geri mak ngahnya di dalam butik itu. Dah lah butik Muslimah, tak kena
langsung dengan jiwanya. Cuma kadangkala mak ngahnya itu memanggilnya dan
memadankan tudung dengan dirinya. Terasa diperli pula oleh mak ngahnya. Menantu
sendiri tak diubah, ada hati nak ubah aku, bisik hatinya panas.
“ Shila,” panggil Puan Katijah dari dalam butik.
Di tangannya ada sepasang jubah berwarna biru muda yang sangat cantik pada mata
tuanya. Shila mengeluh halus sambil mulutnya tidak henti-henti mengomel.
Menyesal aku ikut orang tua ni. Ingatkan nak pujuk aku kahwin dengan anak dia
ke apa ke.. urghh!
“ Ya, mak ngah, Shila datang ni,” sahut Shila
lalu berjalan malas ke arah mak ngahnya.
Dia membalas senyuman mak ngahnya dengan senyuman yang jelas sekali plastik.
Puan Katijah bukan buta untuk menilai senyuman itu. Dari jauh tadi dia sudah
melihat wajah Shila yang jelas masam.
“ Cantik tak baju ni Shila?” tanya Puan Katijah
sambil memadankan jubah yang kembang di bahagian bawahnya kepada Shila. Gadis
itu membelek jubah itu dengan penuh minat. Pada matanya, jubah itu memang
cantik.
“ Mak ngah nak beli jubah ni ke?” tanya Shila
ramah sambil tangannya meramas lembut kain jubah itu. Lembut sungguh kain jubah
tu. Mesti mahal ni, bisik hatinya.
“ Ha’ah. Mak ngah nak beli jubah ni,” jawab Puan
Katijah sambil memadankan jubah itu dengan tubuh Shila.
Shila tersenyum ceria. Mak ngahnya itu kelihatan
beria-ria sekali menyuruhnya untuk mencuba jubah itu. Dia rasakan Puan Katijah
ingin membelikan jubah ini untuknya.
Walaupun dia kurang berminat dengan
pakaian ini, tetapi rasa gembira pula bila mak ngahnya hendak membelikan jubah
ini untuk dia. Bolehlah nanti dia tunjukkan jubah ni kepada Keisya.
Rancangannya sudah dirangka dari awal tanpa menyedari bahawa itu hanya
angan-angan dia sahaja.
Langit yang gelap disinari dengan ribuan bintang
menjadikan malam itu sangat bermakna buat mereka. Sangat bermakna bagi pasangan
pengantin baru ini dan sangat bermakna bagi Keisya. Inilah kali pertama dia
jatuh cinta dengan begitu mudah sekali. Belum cukup sebulan, hatinya sudah terpaut
utuh kepada suaminya. Entah ubat apa yang suaminya berikan sampai dia jadi
kemaruk sebegini.
“ Cantik,” puji Aish yang sedang memeluk erat
pinggang isterinya.
“ Betul tu. Langit malam hari ni nampak cantik
lain macam pula rasanya,” balas Keisya penuh makna. Aish tersenyum nipis.
Dagunya dipautkan pada bahu isterinya lalu lehernya isteri ditiup lembut
membuatkan wanita itu ketawa kecil dengan perlakuannya.
“ Don’t do that, Aish. Geli,” ujar Keisya dengan
tawa kecil sambil menolak lembut wajah Aish.
“ Malam ni, abang dapat hayati dua keindahan yang
terbentang luas depan mata abang ni,” ujar Aish lalu mengucup pula pipi
isterinya. Sejak mendapat tahu isterinya ini mencintainya juga membuatkan dia
tidak betah duduk diam di sisi isterinya. Ada sahaja dia ingin lakukan terhadap
isterinya.
Dahi Keisya berkerut, tidak memahami butir bicara
suaminya. Sisi wajah suaminya dipandang.
“ Dua keindahan? Apanya?” tanya Keisya lurus.
Aish membawa tubuh Keisya menghadapnya. Rambut
yang menutup sebahagian wajah isterinya diselit ke belakang telinga.
“ Keindahan alam dan keindahan yang lagi satu ini
sangat tak ternilai untuk abang. Kerana keindahan itu, abang berada dekat sini.
Kerana keindahan itu, abang berada dekat hati dia. Kerana keindahan tu, hati
abang tak pernah lepas dari rasa rindu…”
Pipi Keisya membahang. Dia tahu siapa yang
dimaksudkan suaminya. Ah Aish cukuplah! Jangan buat hati ini asyik mencair
sahaja.
“ Dan kerana keindahan tu adalah Keisya Farina,”
ujar Aish romantic sambil mencuit hidung mancung isterinya. Wanita itu menunduk
dengan pipi yang kemerahan tatkala hidungnya dicuit manja. Raut malu itu cuba
disembunyikan dengan memandang ke langit.
“ Someone’s blushing,” bisik Aish nakal.
Keisya mengetap bibirnya menahan malu. Bukan
tidak biasa dengan luahan romantis Aish, tetapi hatinya ini sejak dua menjak
suka sangat menggedik dengan suaminya itu.
Burrrr! Keisya tersentak. Perutnya dipegang
dengan dahi yang berkerut. Tak sangka perutnya yang lapar ini telah
mengeluarkan bunyi yang agak kuat. Dia memandang Aish yang sedang merenung
bintang di langit. Dia menghela nafas halus. Nasib baik lelaki itu tidak
mendengarinya.
“ I heard it,” ujar Aish tiga patah lalu
memandang isterinya dengan senyuman nakal. Mustahil dia tidak mendengarnya.
Bunyi agak kuat apatah lagi dia sedang berdiri di sisi isterinya, pastilah
dengar.
Ahh! Dia rasa nak sembamkan wajahnya dekat kolam
di bawah sana. Malu apabila suaminya mendengar perutnya yang berbunyi. Ya
Allah, laparnya! Dia menahan perut yang lapar dengan dahi yang berkerut.
Wajahnya ditundukkan sedikit agar suaminya tidak lihat riak wajahnya.
“ Keisya,” panggil Aish apabila wanita itu diam
sahaja di sisinya dengan tangan di perut. Dia menarik wajah isterinya menghadap
wajahnya. Wanita itu tersengih kelat sambil menepuk perutnya yang kosong.
“ I laparlah Aish,” ujar Keisya perlahan. Dia
terlalu lapar kala ini.
“ Kenapa tak makan? Dekat rumah ni kan banyak
makanan,” ujar Aish lembut sambil mengusap lembut perut isterinya.
Keisya mencebik. “ Macam mana nak makan kalau
dekat dalam rumah ni Cuma ada Nescafe je yang I boleh buat. Memasak ni mana I
reti,” balas Keisya mengaku kelemahan dirinya. Rasa menyesal pula tidak menitik
beratkan hal memasak dalam diri. Kan sekarang dah susah. Nak memasak untuk
suami pun tak reti.
Aish menggeleng perlahan. Nampaknya, memang isterinya ini
perlu dimasukkan ke kelas memasak.
“ Nasib baik tak ada baby dalam perut ni, kalau
ada, kelaparan anak abah,” ujar Aish selamba lalu membuatkan Keisya terkedu.
Bergetar jantungnya tatkala Aish berkata begitu. Lagi-lagi apabila lelaki itu
membahasakan dirinya abah membuatkan hatinya berasa kembang dengan panggilan
itu. Abah? Dan dia Ummi? Keisya tersenyum sendirian apabila membayangkan semua
itu.
“ Eh, tersenyum pula dia ni,” tegur Aish lalu
mencuit perlahan dagu isterinya. Lantas membuatkan wanita itu tersipu-sipu. Dia
tahu apa yang difikirkan isterinya. InsyaAllah, sayang. Tak lama lagi akan ada
orang ketiga dalam keluarga ni. Bisik hatinya.
“ Dah jom ikut abang. Time for cooking,” ujar
Aish lalu memaut bahu isterinya.
“ Aish, wait,” tahan Keisya.
“ Apa lagi sayang?” tanya Aish lembut.
“ I love you,” luah Keisya perlahan sambil
tersenyum malu. Ah, malunya aku!
“ Abang tahu,” jawab Aish selamba lalu membuatkan
wanita itu terpinga-pinga.
“ Errr, macam mana you tahu?” tanya Keisya pelik.
“ Nanti abang cerita.”
“ But Aish…”
“ Sorry girl. Sekarang ni abang lapar dan Keisya
pun lapar. So it’s time for cooking, okay. Hal yang tu abang akan cerita nanti.”
“ Janji?” tanya Keisya.
“ Ya, sayang,” balas Aish. Keisya mengalah lalu
memaut lengan suaminya manja.
“ Jom kita makan,” ujarnya manja. Aish tersenyum
manis.
“ Here we go.”
SHILA memandu kereta keluaran Toyota itu tanpa
sebarang suara. Dalam hati ingin mengajak mak ngahnya
itu berbual-bual tapi nak
bualkan pasal apa? Dia ni bukannya peramah sangat pun orangnya. Peramah pun
dengan kawan-kawan yang ‘sejenis’ macam dia.
Tangannya memutar kuat lagu Pitbull yang
kebanyakannya ‘rap’ sahaja. Puan Katijah di sebelahnya menggeleng perlahan.
Sakit telinganya mendengar lagu sebegitu. Entah apa-apa sahaja citarasa anak
muda zaman sekarang dalam mendengar lagu. Cuba cari lagu yang ada kena mengena
denga kerohanian sedikit. Bebel hati tuanya.
“ Shila, perlahankan sedikit lagu tu,” tegurnya
lembut.
Shila tersenyum malu sambil hatinya memberontak
kecil. Nak tak nak, tangannya memutar perlahan lagu itu.
“ Sorry, mak ngah.”
“ Shila, mak ngah nak cakap sikit dengan kamu
ni,” ujar Puan Katijah dengan nada serius. Dia rasa inilah masanya untuk dia
berkata tentang masalah rumah tangga anak lelakinya yang banyak melibatkan
gadis ini sekali.
“ Apa dia mak ngah?” tanya Shila yang sudah tahu
arah tuju mak ngahnya itu.
“ Kamu tahu Aish sayang Keisya kan?” Puan Katijah
memandang sisi wajah Shila.
Shila mengetap bibirnya. Dia teramatlah tahu akan
hal itu, tapi kenapa mak ngahnya tanya pasal hal ini? Takkanlah mak ngahnya dah
syak yang bukan-bukan?
“ Errr, ya tahu. Kenapa mak ngah tanya?” tanya
Shila sambil cuba mengawal nada suaranya agar tidak kelihatan gugup.
“ Shila, kalau niat kamu untuk menjadi perosak
rumah tangga orang, mak ngah mohon, tolong jangan bertindak begitu, Shila,”
rayu Puan Katijah sambil menyentuh peha gadis itu. Dia bukan hendak menuduh
gadis itu. Dia cuma tidak sanggup melihat rumah tangga anaknya yang baru
terbina itu musnah gara-gara ‘tangan’ orang lain.
“ Apa yang mak ngah cakapkan ni? Shila nak
rosakkan rumah tangga orang?” tanya Shila berpura-pura tidak faham. Dalam hati,
sudah macam-macam jenis kutukan dilemparkan bagi mak ngahnya itu. Kurang ajar,
macam mana mak ngah boleh kesan ni?
“ Mak ngah cuma cakap sahaja Shila. Kamu tahukan
keadaan rumah tangga Aish sejak kamu ada?” lurus sekali Puan Katijah
berkata-kata. Dia tahu gadis itu ada niat lain disebaliknya. Dan dia tahu, anak
saudaranya ini ada merancang sesuatu dengan kakak kandungnya. Dia bukan tidak
tahu, kebahagiannya anak beranak sentiasa dicemburui oleh kakaknya itu, ibu
kepada Shila.
“ So, mak ngah nak tuduh Shila lah ni?” tanya
Shila dengan nada kesal.
“ Mak ngah bukan nak tuduh kamu, Shila..”
“ Habis tu apa mak ngah? Tengok luka ni. Mak ngah
lupa tentang luka ni?” Luka di tangannya ditunjuk kepada ibu saudaranya.
“ Kalau mak ngah nak tahu, Keisya tu bukan
perempuan baik, mak ngah. Keisya tu dengan semua lelaki dia pernah bersama.
Sekatil tahu mak ngah! Takkan mak ngah nak biarkan anak mak ngah dapat sisa?
Shila bukan nak rosakkan rumah tangga abang Aish mak ngah, Shila nak semua
orang celik mata tengok siapa diri Keisya yang sebenar. Mak ngah baru kenal dia
tak sampai sebulan, lainlah Shila yang dah bertahun kenal dia. Satu kolej mak
ngah!” ujar Shila cuba mempertahankan dirinya. Segala keburukan Keisya yang
belum sahih diceritakan kepada mak ngahnya.
“ Shila, kamu tak elok buat fitnah tentang
Keisya. Mak ngah tahu, Keisya bukan orang baik pada asalnya. Semua orang ada
dosa lampau. Tapi kalau tidur sekatil dengan lelaki lain, mak ngah tak percaya.”
“ Memanglah mak ngah tak percaya, sebab mak ngah
baru kenal dia tak sampai sebulan. Mak ngah, Shila ni anak saudara mak ngah,
takkanlah Shila nak menipu mak ngah?” Shila sedaya upaya mempertahankan
kata-katanya. Dia takkan menyerah kalah dengan mudah. Melihat musuhnya bahagia
sedangkan dia makan hati adalah satu kekalahan dia takkan terima sampai mati!
“ Shila, satu sahaja mak ngah nak kata.” Shila
memandang sekilas kepada mak ngahnya, menanti butir bicara yang seterusnya.
“ Jangan menyebarkan sesuatu perkara tanpa bukti,
Shila. Itu fitnah namanya,” ujar Puan Katijah. Dia ingin gadis itu tahu bahawa
dia bukan mudah untuk mempercayai kata-kata seseorang itu.
Shila mengetap bibirnya. Tangannya memegang
stereng kereta dengan erat. Fine, I’ll show you!
fuh akhirnye terluah jugak dari mulut keisya sukenye hehe
ReplyDeletefinally!!! i love u!!!... horeyyyy!!!.. eeee jahat nyer shila... dah2 la tu... kalo pun keisya ada kisah silam yg gelap x payah la nak di sebarkan...eeee
ReplyDeleteBEST......
ReplyDeleteBile nak smbg lagi tak sabar dah ni
ReplyDeleteHaih lamenye nak smbg tak sabo nak bace nx entry
ReplyDeletebest...
ReplyDelete