Sunday 24 June 2012

cintamu keinginan jiwaku(sinopsis 2)

Aiman ingin mendekati gadis di hadapannya itu. namun semakin dia mendekati gadis itu, semakin panjang pula langkah gadis itu untuk menjauhkan dirinya darinya. Aiman mengeluh halus. Nasib dialah. siapa suruh nafsu tu tidak boleh dikawal!

qalishah merenung lelaki dihadapannya kini. Kejadian yang hampir membuatkan dia merana bermain di ingatan. segera kepalanya digelengkan untuk menghalau bayangan hitam itu. Huh! Dasar lelaki! " Aiman, kenapa you ada dekat sini? you ada hal apa pulak dekat sini?" tanyanya kepada Aiman walaupun sudah jelas yang lelaki itu ingin bertemu dengannya. Tudung sarung yang dipakainya diperbetulkan. seketika kemudian dia rasakan tangannya direntap kasar oleh lelaki itu dan dia dibawa kearah lif syarikat itu. segera direntap kembali tangannya. Jijik dia diperlakukan sebegitu. Aiman pula hanya beriaksi tenang saja. Walau apa pun, dia akan berkahwin dengan gadis ini.

" You nak bawa I ke mana, AIman?" tanya Qalishah. namun lelaki itu hanya diam saja. huh! Qalisha mendengus. Sah-sahlah lelaki ni dah bisu. segala pertanyaannya hanya dijawab dengan wajah tenang itu saja. akhirnya qalisha beralah jua untuk menanyakan lagi soalan yang sama sehinggalah lif itu membawa mereka ke tempat parking kereta di tingkat dua. pintu lif terbuka. namun Qalisha terkedu memandang seraut wajah kusam di hadapannya. Aiman hanya tersenyum sinis.

#o0key itu saja yang Nie Sa boleh bagi. Insyaallah ada sambungnnya nanti.#

1 comment: