Monday 5 December 2016

I Love You, Hubby! ( Pertemuan pertama Aish Ahsan dan Keisya Farina) versi edited

Lenggang-lenggok tubuhnya menarik perhatian sesetengah pelanggan lelaki di situ. Ada yang terpukau dengan kecantikannya dan ada juga yang terpukau dengan keindahan kulit putih mulus yang didedahkan wanita itu. Keadaan itu membuatkan dia tersenyum bangga. Bukan sukar bagi dia untuk menarik perhatian mana-mana lelaki.

Keisya melabuhkan duduk di meja yang berhampiran dengan pintu masuk kafe itu. Matanya berlaga dengan sepasang mata milik seorang pelayan lelaki yang ralit memandangnya.

“ Excuse me,” gamit Keisya kepada pelayan lelaki itu. Laju sahaja lelaki berusia awal 20-an itu melangkah ke meja yang diduduki Keisya.

“ Nak order apa, cik?” tanya pelayan lelaki itu.

“ Macam biasa,” balas Keisya. Matanya merenung tajam wajah lelaki itu, sengaja berbuat demikian malah geli hati apabila melihat lelaki itu mula tidak senang duduk.

“ Err... macam biasa?”

Pelayan itu menyoal kembali. Jelas sekali wajahnya mempamerkan kekeliruan.

Keisya mengeluh perlahan. Rambut yang terjuntai dibawa ke belakang telinga.

“ Are you a new waiter?” tanya Keisya. Tag nama pelayan lelaki itu dibacanya. Hisham, getus hatinya.

“ Errr...yes,” jawab Hisham  teragak-agak dalam keadaan seperti cacing kepanasan.

Melihat keadaan lelaki itu, Keisya menggeleng perlahan kepalanya. Tidak gemar melihat sikap tidak professional yang ditunjukkan pelayan muda itu.

“ First, I am Keisya Farina. You can call me Cik Keisya. Second, I am a regular customer here. Third, caramel milk tea is my regular order. You can go now,” ujar Keisya dengan wajah yang selamba. Hisham segera beransur pergi dari situ.

Kertas kecil yang terdapat pesanan Keisya diletakkan di atas sebuah meja yang khas untuk pesanan. Kertas itu kemudian diambil oleh seorang pelayan wanita, Neeta dan dihulurkan kepada pekerja di bahagian dapur.

“ Cik Keisya tu memang setiap hari ke datang kafe ni, Kak Neeta?” tanya Hisham dalam nada berbisik. Matanya memerhatikan sahaja tingkah laku Keisya dari meja kaunter.

“ Huh? Cik Keisya? Mana-mana?” tanya Neeta kembali dalam keadaan menggelabah.

Laju sahaja Hisham meluruskan jari telunjuknya ke arah Keisya yang sedang ralit memandang telefon pintarnya. Apabila terpandangkan Keisya, Neeta mula tidak tentu arah.

“ Eh, kenapa ni Kak Neeta? Ada yang tak kena ke dengan Cik Keisya tu?” tanya Hisham sekali, turut cemas melihat keadaan Neeta.

“ Memang tak kena. Aduh, macam mana ni. Ibu dah lah tak ada sekarang ni,” omel Neeta seorang diri. Hisham di sisinya dalam kekeliruan seorang diri.

“ Tak fahamlah, Kak Neeta. Cuba perlahan sikit dengan saya ni. Saya dah lah orang baru. Kalau tak ada Ibu dekat sini, tak boleh ke kita layan je Cik Keisya macam customer lain?” tanya Hisham keliru.

“ Bukan macam tu, Hisham. Masalahnya sekarang ni, Cik Keisya tu hanya akan minum caramel milk tea yang dibuat oleh Ibu sahaja. Kalau orang lain buat, dia tak nak minum,” balas Neeta panjang lebar.

“ Alah, kalau dia tak nak minum caramel milk tea buatan orang lain, keluar jelah dari kafe ni. Ramai lagi pelanggan nak kena layan, bukan dia seorang je nak dilayan,” ujar Hisham dengan wajah yang agak menyinga.

Neeta menampar geram lengan Hisham. Geram dengan kata-kata selamba lelaki itu.

“ Hesy, nasib baiklah kau ni adik aku tau. Macam ini kisahnya, Hisham. Cik Keisya tu anak kepada kawan baik Ibu. Akak ulang sekali lagi ya, Hisham. Anak kepada kawan baik Ibu,” beritahu Neeta.

“ Kalau kita bagi layanan yang tak berapa baik dekat Cik Keisya, takut-takut menjejaskan hubungan Ibu dengan kawan baik dia pulak nanti,” tambah Neeta lagi.

“ So, macam mana ni?” tanya Hisham.

“ So...kita kenalah buat sesuatu supaya...”

“ Apa yang asyik dibualkan ni?” tegur Aish apabila melihat dua orang pekerja kafe ibunya itu sedang rancak berbual.

“ Eh, Encik Aish. Errr... sebenarnya, kami ada masalah sikit, encik,” jawab Neeta. Hisham di sisinya mengangguk laju, mengiyakan kata-kata kakaknya itu.

“ Hmm, masalah apa?” tanya Aish sambil matanya membaca tag nama yang terpasang di uniform Hisham. A new waiter, getus hati Aish.

“ Macam ni Encik Aish. Ada seorang perempuan ni dia sangat suka minum caramel milk tea buatan Ibu. Bila ada orang lain yang buatkan minuman tu, dia mesti tak nak. So...”

“ Senang kata, dia takkan minum caramel milk tea buatan orang lain kecuali Ibu. Kan?” potong Aish tanpa sempat Neeta menghabiskan kata-katanya.

Neeta dan Hisham menganggukkan kepala mereka, setuju dengan kata-kata yang Aish berikan.

“ Yang mana satu pelanggan perempuan tu?” tanya Aish sambil menanggalkan jaket kulit hitam daripada tubuhnya.

“ Perempuan seksi yang tengah duduk berdekatan pintu masuk tu, encik. Yang lawa, yang gebu, yang...”

“ Okay, saya dah nampak,” potong Aish lagi tanpa sempat Hisham menghabiskan ayatnya.

“ Awak berdua boleh bertenang. Biar saya yang uruskan pelanggan tu,” jar Aish. Apron dicapainya lalu diikat pada pinggang.

“ Errr... Encik Aish nak buat caramel milk tea ke?” tanya Neeta ragu-ragu.

“ Yalah. Siapa lagi yang nak buat kalau bukan saya,” balas Aish. Kakinya melangkah masuk ke dapur diekori oleh dua orang pekerjanya itu.

“ Encik bukan Ibu, so it means you can’t do the drink,” ujar Neeta.

Tangan yang sedang membuka tin susu pekat terhenti. Dia memandang ke arah Hisham dan Neeta. Tajam pandangannya.

“ You guys don’t have to worry about her. I am here and I know what I should do. Sambung kerja korang,” arah Aish tegas. Neeta dan Hashim terus sahaja bergegas ke bahagian pelanggan menjamu selera.


“ Caramel milk tea,” ujar Hisham sambil menyajikan minuman itu kepada Keisya. Terbit senyuman manis di bibir wanita itu apabila melihat minuman kegemarannya.

Hidungnya didekatkan ke bibir cawan itu. Aroma teh itu dihidunya dahulu sebelum dia menikmatinya. Dahinya berkerut. Kenapa rasa dia berbeza? Hatinya tertanya-tanya sendiri.

Keisya memanggil Hisham dengan isyarat tangan. Lelaki itu muda mendekatinya dengan wajah yang sukar untuk dia tafsirkan.

“ Siapa yang buat minuman ni?” tanya Keisya. Matanya merenung tajam wajah pelayan lelaki itu.

“ Errr...hmm.. kenapa cik Keisya tanya? Tak sedap ke?” tanya Hisham kembali tanpa menjawab pertanyaannya.

“ Rasa dia tak sama dengan Ibu buat,” balas Keisya.

“ Errr...sebenarnya, memang bukan Ibu yang buat. Tetapi anak lelaki Ibu yang buat,” beritahu Hisham teragak-agak.

Dahi Keisya berkerut mendengar balasan daripada lelaki itu.

“ How it tastes, miss?” tanya seorang lelaki berjaket kulit hitam yang muncul tiba-tiba di sisinya. Keisya memandang lelaki itu atas bawah.

“ Could it be that you are the person who made this drink?” tanya Keisya sambil menongkat dagu memandang lelaki itu.

Aish tersenyum manis mendengar pertanyaan wanita muda itu.

“ Yes, it is me,” jawab Aish.

“ Well, it is delicious. Rasa dia berbeza dengan yang sebelum ini. But I love this more,” ujar Keisya bersama senyuman manis di bibir.

Dup! Dap! Dup! Dap!

Aish memegang dadanya. Tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup kencang saat menerima senyuman manis daripada wanita itu. Dia berdeham, cuba membuat rasa kekok yang ada.

“ Well, thank you,” ucap Aish. Tanpa berlengah, dia terus menuju keluar dari kafe itu dan meninggalkan Keisya dengan senyuman yang masih di bibir.


“ Such a sweet boy,” bisik Keisya. Kemudian, teh susu karamel itu dinikmati sepenuh hatinya.

p/s: This is the edited version. Enjoy and do comment, guys :)

No comments:

Post a Comment